Pelbagai ibarat atau kiasan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu bagi menunjukkan sikap negatif seseorang. Secara fitrahnya, sudah menjadi kelaziman masyarakat Melayu yang kaya dengan budi bahasa sehingga tidak mahu mengaibkan orang lain. Sebaliknya, menggunakan kiasan sebagai wahana untuk menyindir seseorang terhadap perbuatan mahupun sikapnya yang negatif tanpa menyinggung perasaannya. Sikap berbudi bahasa ini harus dikekalkan supaya hubungan silaturrahim dapat dikekalkan. Janganlah kerana kata-kata yang diujarkan membolehkan sesebuah ikatan persaudaraan terputus. Bak kata pepatah ”kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.
Sewaktu pembentangan tajuk individu untuk mata pelajaran semantik dan pragmatik, salah seorang rakan saya yang berasal dari Sabah telah mengusulkan sebuah kiasan yang digunakan oleh masyarakatnya untuk menunjukkan seseorang yang malas bekerja tetapi mahu makan sahaja dalam sesebuah majlis kenduri. Situasi ini dikaitkan dengan kiasan yang berbunyi ”nyamuk yang lari setelah kenyang menghisap darah manusia”. Jelas menunjukkan bahawa setiap masyarakat atau suku kaum sesebuah negeri mempunyai ideanya yang tersendiri dalam memberi kiasan terhadap perbuatan negatif.
Pada pandangan saya, kiasan sedemikian harus dipupuk dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Tujuannya untuk memberikan pendidikandan pembelajaran secara tidak langsung kepada generasi muda.
Jadilah masyarakat yang peka pada bahasa bukan yang pekak pada bahasa agar akhirnya nanti boleh membentuk diri umpama pohon kelapa yang berguna dari akar umbi sehingga ke pucuk daunnya
Thursday, February 10, 2011
Kata Sendi Nama ”di”: rapat atau jarak
Sewaktu dalam perjalanan untuk pergi ke perpustakaan, saya dan seorang rakan lagi akan melewati bangunan B.E Learning sebelum sampai ke perpustakaan. Sepanjang perjalanan kami berbual-bual, tiba-tiba saya terlihat papan tanda di kawasan pembinaan berhampiran bangunan B.E Learning yang tertera kata-kata seperti berikut,
HARAP MAAF SEGALA KESULITAN ANDA AMAT DIKESALI.
Kata-kata sedemikian sememangnya kerap dijumpa khususnya di kawasan-kawasan pembinaan bagi tujuan memperingat orang ramai supaya prihatin dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila melalui kawasan terbabit. Namun, yang menjadi persoalan utama ialah penggunaan kata sendi nama ”di” yang dimuatkan dalam papan tanda tersebut menyalahi hukum tatabahasa. Penggunaan kata sendi nama yang digunakan untuk perbuatan harus dirapatkan kedudukannya. Sebaliknya, penggunaan kata sendi nama ”di” perlu dijarakkan apabila menyentuh konteks arah, tempat dan masa dalam ayat.
Pada pandangan saya, konteks penggunaan kata sendi nama penting untuk menentukan kedudukan kata sendi nama sama ada perlu dirapatkan atau dijarakkan. Semua pihak harus mengkaji semula penggunaan yang betul mengikut prinsip tatabahasa. Hal ini penting supaya kesalahan yang sama tidak berlaku dan seterusnya dapat dibanteras daripada memburui masyarakat. Kini, setiap premis buku ada menjual pelbagai jenis buku tatabahasa hasil tulisan pelbagai tokoh bahasa seperti Asmah Hj. Omar, Nik Safiah Karim dan Arbak Othman. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya boleh dilakukan oleh masyarakat dengan mendapatkan buku tersebut dan menelaah buku tersebut untuk keperluan penulisan mahupun pertuturan.

Subscribe to:
Posts (Atom)