Pelbagai ibarat atau kiasan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu bagi menunjukkan sikap negatif seseorang. Secara fitrahnya, sudah menjadi kelaziman masyarakat Melayu yang kaya dengan budi bahasa sehingga tidak mahu mengaibkan orang lain. Sebaliknya, menggunakan kiasan sebagai wahana untuk menyindir seseorang terhadap perbuatan mahupun sikapnya yang negatif tanpa menyinggung perasaannya. Sikap berbudi bahasa ini harus dikekalkan supaya hubungan silaturrahim dapat dikekalkan. Janganlah kerana kata-kata yang diujarkan membolehkan sesebuah ikatan persaudaraan terputus. Bak kata pepatah ”kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.
Sewaktu pembentangan tajuk individu untuk mata pelajaran semantik dan pragmatik, salah seorang rakan saya yang berasal dari Sabah telah mengusulkan sebuah kiasan yang digunakan oleh masyarakatnya untuk menunjukkan seseorang yang malas bekerja tetapi mahu makan sahaja dalam sesebuah majlis kenduri. Situasi ini dikaitkan dengan kiasan yang berbunyi ”nyamuk yang lari setelah kenyang menghisap darah manusia”. Jelas menunjukkan bahawa setiap masyarakat atau suku kaum sesebuah negeri mempunyai ideanya yang tersendiri dalam memberi kiasan terhadap perbuatan negatif.
Pada pandangan saya, kiasan sedemikian harus dipupuk dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Tujuannya untuk memberikan pendidikandan pembelajaran secara tidak langsung kepada generasi muda.
No comments:
Post a Comment