Sabtu, 22 Januari 2011
Apabila berbicara tentang bahasa rojak sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa bahasa rojak ialah bahasa campurann. Lazimnya, bahasa Melayu dicampur dengan bahasa Inggeris. Namun, ada juga bahasa formal bercampur dengan bahasa slanga. Pada pendapat saya, fenomena tersebut boleh dikategorikan sebagai bahasa rojak. Dalam perjalanan saya ke pasar malam Tanjong Malim, Perak, saya terdengar perbualan antara dua orang individu ini yang juga mahu ke pasar malam. Perbualan mereka seperti berikut:
Individu A : Ko jangan ambik benda tu
Individu B : Nape
Individu A : Nanti lalok nak bawak keta
Individu B : Takkanlah aku nak amik heroin, ganja tu semua
Sebagai insan yang bergelar mahasiswa kita sewajarnya menggunakan bahasa yang sesuai dengan status sebagai seorang pelajar. Hal ini disebabkan oleh masyarakat akan menilai bahasa yang dilontarkan oleh mahasiswa sama ada berbentuk ilmiah atau hanya perkataan yang sia-sia. Individu yang berilmu seharusnya bijak menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan faktor persekitarannya iaitu latar belakang pendidikan, situasi, pangkat dan masa. Mahasiswa perlu menyedari bahawa bahasa rojak hanya bertindak sebagai parasit dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Oleh itu, sebagai langkah untuk mengubah rutin masyarakat daripada terus menggunakan bahasa rojak, mahasiswa harus menjadi pemula atau penggerak utama untuk melakukan paradigma dalam berbahasa. Kesantunan dalam berbahasa juga penting supaya penutur dan pendengar dapat berbahasa dengan lebih selesa dan maklumat dapat disampaikan secara maksimum. Bahasa slanga seharusnya dilenyapkan dalam minda remaja terutamanya mahasiswa daripada terus meracuni fikiran. Sebagai kesimpulannya, setiap individu perlu berpegang pada prinsip “ berfikir sebelum bercakap ”.
No comments:
Post a Comment