Khamis, 20 Januari 2011
Dialek masih menjadi Sisipan dalam Berbahasa
Semasa mengajar rakan-rakan membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk menjalankan pengajaran mikro. Saya mendapati masih ada lagi penggunaan dialek semasa mereka berbual walaupun individu yang dilawan bercakap dari daerah atau negeri yang lain. Antara dialog perbualannya:
Individu A : Boleh dak buat lagu ni
: Tak taula betui ke salah
: Nanti nak mai rumah lagi
Individu B : Nanti terang kat orang
: Tak faham mana pung
Pada pandangan saya memang sukar untuk meninggalkan dialek apabila mengungkapkan sesuatu. Namun, fenomena sedemikian boleh dielakkan secara perlahan-lahan apabila kita melatih diri untuk berbahasa baku atau formal. Sebagai penuntut universiti kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin supaya masyarakat di luar sana menjadikan kita contoh dalam berbahasa dan berkomunikasi. Penggunaan dialek masih boleh digunakan tetapi perlu bergantung kepada situasi dan latar belakang penutur. Kepelbagaian dialek juga kadang kala menjadi bukti bahawa bahasa adalah unik dan menarik. Hal ini menyebabkan tidak salah jika seseorang mempelajari dialek daerah lain asalkan bijak menyesuaikan penggunaannya pada masa-masa tertentu di samping tidak mengabaikan terus penggunaan bahasa baku atau formal.
No comments:
Post a Comment